Monday, 1 June 2015
Kisah menantu sombong & "Queen Control" ini wajar buka mata
Posted By: TTO Admin - 1.6.15"RAMAI dalam kalangan kaum wanita yang sudah berumahtangga, mereka boleh berdikari walaupun tanpa suami di sisi. Namun tidak ramai antara mereka lemah seperti saya sentiasa takut, tidak berani bertindak, sebaliknya saya sentiasa bergantung, sama ada dengan ibu atau pun anak, setelah ketiadaan suami.
“Inilah keadaan diri saya. Saya mengaku lemah dan tidak berani bertindak sendirian. Nasib saya bekerja, jika tidak saya boleh mati tegak, sebab tak tahu apa patut saya buat selepas kematian suami. Nasib ada anak lelaki sulung. Izat namanya dialah tempat saya bergantung dan berbincang sebelum saya buat keputusan’’. Itu cerita Rosnani dalam e-melnya.
“Ketika itu Izat belum kahwin, masih belajar di universiti dalam tahun akhir, tetapi dia jadi kekuatan saya bersama tiga orang lagi anak-anak saya yang masih belajar. Sebenarnya saya bukan penakut, tetapi tak berani buat keputusan, sebab sepanjang berkahwin suamilah buat keputusan, saya jadi pak turut. Segala tindakannya saya tak pernah bantah.
“Suami saya meninggal ketika usianya baru masuk 50 tahun. Jadi anak lelaki sayalah yang menguruskan semua urusan harta, pencen, ansuran dan sebagainya. Saya cuma bertanya apa yang belum dan sudah dilakukannya. Pendek kata dialah harapan saya.
“Pencen suami yang saya dapat tak banyak, tetapi dapat tampung perbelanjaan pelajaran anak-anak, sementara Izat ada biasiswa. Dia nasihatkan saya apa patut dan tak patut saya lakukan. Namun saya ada sampaikan hasrat arwah suami yang ingin besarkan rumah yang kami diami ini untuk keselesaan anak-anak yang semakin membesar dan untuk buat kenduri kahwin mereka nanti jika ada rezeki.
“Untung Izat tak bantah, malah dia buat cadangan macam mana kami boleh lakukan untuk besarkan rumah. Paling tidak hajat ayahnya hendak besarkan dapur dan tambah sebuah bilik akan tercapai. Tapi duit tak cukup. Kata Izat saya kena sabar setahun dua lagi untuk kumpul duit dicampur dengan sedikit duit tinggalan arwah untuk besarkan rumah.
“Kata Izat dia izinkan saya gunakan duit tinggalan ayahnya yang menjadi hak mereka untuk besarkan rumah, malah anak anak lain pun izinkan. Lagi pun rumah itu untuk kebaikan semua bukan saya sahaja.
“Saya yang tak faham bab faraid ikut saja keputusan Izat. Malah Izat mohon saya berdoa supaya dia lulus cemerlang dan cepat dapat kerja, bolehlah dia turut bantu saya. Ketika itu besarnya hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Saya rasa betuah dapat anak seperti Izat sanggup bantu saya yang lemah ini. Malah Izat berjanji bila bekerja nanti dia akan bantu adik-adik kalaupun bukan dengan wang ringgit, tetapi dia akan menasihati mereka. Dan lebih penting dia tidak akan segera kahwin hinggalah anak kedua saya masuk universiti.
“Tetapi kita manusia mampu merancang, Allah menentukan dan Allah sentiasa menguji hambanya tanpa disedari. Selepas setahun bekerja, tiba-tiba satu hari Izat beritahu saya dia nak kahwin. Ketika itu terasa gelap mata saya mendengar kata-kata Izat. Kelu rasanya lidah untuk bertanya. Terkedu saya seketika.
“Katanya dia sudah lama berkawan dan mereka sama-sama belajar di universiti dahulu. Katanya lagi dia tak boleh tangguh lagi sebab keluarga temannya itu sudah mendesak supaya cepat kahwin. Selepas tersedar daripada terkedu, saya tanya Izat macam mana dengan janjinya dulu. Rumah belum dibuat, janjinya dulu dia hendak membantu. Tetapi jika dia kahwin segera, tentu urusan membesarkan rumah akan terbengkalai.
“Maklumlah bila hendak berkahwin, Izat pasti dahulukan hasratnya mengumpul duit buat hantaran belanja, belanja kenduri kahwin, hantaran persalinan dan macam-macam lagi. Kata Izat saya tak perlu buat kenduri di rumah, tak perlu besarkan rumah, sebab urusan kenduri kendara hanya akan dibuat sebelah perempuan sahaja. Tapi hasrat saya ingin juga buat kenduri di rumah sendiri, paling kurang lima dulang nasi.
“Saya suruh Izat dan temannya berunding dan minta tangguh paling kurang setahun dua, sebab saya ingin besarkan rumah dan nak buat tambahan bilik. Kini tiba pulak giliran Izat termenung. Sebab dulu dia yang berjanji akan bantu saya.
“Sementara itu Izat hendak bawa kawannya jumpa saya dan berkenalan. Saya tak ada halangan, tapi saya ingatkan Izat, lagi cepat dia datang jumpa saya lagi cepat dia mahu segera dinikahkan. Paling tidak dia hendak segera bertunang. Tetapi Izat nafikan, sebulan kemudian dia bawa kekasihnya Intan Adlina jumpa saya di rumah.
“Tepat seperti diduga, Intan mendesak supaya mereka segera bertunang. Sedangkan ketika dia datang ke rumah saya, dia tidak sebut pasal bertunang, dia banyak berdiam diri sambil melihat keadaan rumah kami. Sebenarnya pada pandangan saya Izat masih muda lagi belum pun 25 tahun, jadi mengapa mesti kahwin segera. Lagi pun dia ada tanggungjawab yang belum beres. Sementara Intan baru habis belajar belum pun bekerja.
Janji
“Dalam kerisauan, saya terus meminta Izat supaya bersabar, paling tidak kami mesti besarkan rumah dahulu. Saya tak mahu duit arwah yang terkumpul terpakai, maklumlah duit dalam tangan dan saya bimbang hasrat arwah ayahnya tak kesampaian.
“Saya janji pada Izat kalau nak bertunang pun tunggulah hingga rumah siap. Sebab saya tak tahu nak pilih kontraktor. Macam mana nak reka bentuk bilik dan sebagainya.
“Tambah kecut perut rasanya bila memikirkan mampukah saya mengendalikan anak-anak yang sedang belajar, nak buat tambahan rumah kalau Izat teruskan juga hasratnya nak bertunang dan berkahwin. Kerana itu saya minta Izat bersabar dahulu.
“Syukur Izat dengar hasrat saya, dan segerakan hasrat membina rumah walaupun terpaksa mengecilkan binaan kerana duit tak cukup, sebab Izat tak bantu kerana hendak guna duit untuk kahwin. Sebaik rumah siap Izat mohon hasratnya ingin bertunang dipenuhi. Saya terpaksa ikut. Bila urusan meminang tiba di rumah Intan, ayahnya terus meminta supaya ditiadakan pertunangan dan meminta perkahwinan disegerakan.
“Alasannya dia tak mahu urusan yang baik (berkahwin) dilewatkan, malah katanya bina rumah boleh tangguh, tetapi urusan perkahwinan mesti disegerakan kerana itu lebih wajib dan dia tak mahu tanggung dosa. Terkedu saya dengar ketegasannya. Lebih sedih bila dengar suara ayah Intan yang kasar menyindir dan malukan saya dihadapan rombongan kami. Agaknya kerana saya perempuan tidak ada suami, maka dia boleh bersuara sesuka hati. Meleleh air mata saya terasa dimalukan depan khalayak ramai.
“Kerana di desak, saya ikut kehendak Izat dan ayah Intan. Enam bulan kemudian majlis perkahwinan berlangsung. Selepas kahwin saya bukan sedih kerana Izat pindah, tetapi kecewa bila Izat tidak boleh balik ke rumah sesuka hati. Sebagai contoh, setiap kali Izat datang ke rumah, setengah jam kemudian Intan telefon suruh pulang.
“Lepas kenduri dahulu semua orang puji saya bertuah dapat menantu terpelajar dan cantik. Tetapi mereka tak tahu saya sedih sebab saya tahu perangai Intan tidak sebaik wajahnya. Sejak mula berkawan dengan Izat lagi dia kawal pergerakan Izat. Dia langsung tak berbudi bahasa apabila bercakap dengan adik beradik Izat, dengan saya dia langsung tak bercakap. Perangainya lebih teruk selepas berkahwin.
“Agaknya pada fikiran Intan setelah berkahwin keluarga suami tidak perlu lagi, yang lebih penting cuma menjaga dirinya sebagai isteri sahaja. Tetapi sedarkah Intan bahawa hubungan antara ibu dan anak tidak akan putus, tetapi antara isteri dan suami bila-bila boleh terpisah. Dan tahukah Intan bahawa ibu menjadi tanggungjawab anak lelaki paling utama selain ayah dan adik beradiknya, jadi tahukah Intan di mana kedudukan dirinya sebagai isteri?
“Saya tak bencikan menantu, saya terima apa juga pilihan anak saya, tetapi jangan cuba pisahkan ibu dengan anaknya! Jangan persoal berapa kali Izat balik ke rumah ibunya dalam sebulan. Seperti yang dikatakan, saya perlukan Izat kerana dia anak lelaki sulung dan tiga orang lagi anak-anak saya semuanya perempuan. Mereka juga perlukan nasihat abangnya kerana itulah caranya kami dibentuk oleh arwah suami saya.
“Saya sedih sejak tiga tahun berkahwin, cuma tiga kali Intan datang ke rumah kami itupun pada hari raya keempat. Adakah menantu anda buat seperti itu kepada anda? Saya tak faham mengapa menantu saya benci sangat pada kami. Kesimpulannya, saya nasihatkan kaum wanita jangan jadi macam saya terlalu bergantung pada suami, kerana bila suami tidak ada, isteri jadi macam orang bodoh.
“Kepada kaum wanita janganlah meletak harapan terlalu tinggi kepada anak, kerana biasanya anda akan kecewa setelah anak berkahwin, tak kira anak lelaki ataupun perempuan. Nasihat saya kepada wanita didiklah anak-anak supaya sayangkan ibu mertua sama seperti dia sayangkan ibu sendiri. Dan sayangilah mertua anda seperti anda menyayangi suami anda.’’ Itu cerita Rosnani tentang pengalaman pahitnya bermenantu.
--Utusan
Sunday, 31 May 2015
"Tapi sayang bapak dah takda" - Kisah sayu Pelajar "First Class" UiTM
Posted By: TTO Admin - 31.5.15
Semua ibu-bapa pasti mengimpikan anak mereka cemerlang dalam pelajaran sehinggalah berjaya menjadi seorang manusia berguna. Begitulah kisah sayu seorang pelajar UiTM yang menceritakan perjalanan hidupnya menempuhi rintangan dari kecil sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang menerima first class dan Anugerah Naib Cancelor UiTM.
Azlan Sulaiman dalam tulisannya sebak kerana kejayaannya itu tidak dapat disaksikan oleh bapanya yang telah pergi menghadap Ilahi. Cukup jelas, bapanya adalah insan yang menjadi inspirasinya sehinggalah apa yang dia diperolehinya kini. Baca lagi kisah hidup beliau yang wajar dijadikan iktibar buat anak muda yang lain:
Saturday, 30 May 2015
Bapa dikecam heret anak guna tali di leher seperti anjing (Video)
Posted By: TTO Admin - 30.5.15Beijing: Seorang bapa dikecam selepas dia dirakam mengheret anaknya dengan tali yang diikat pada leher kanak-kanak itu.
Rakaman mengejutkan itu menunjukkan bapa berkenaan menarik anaknya sejauh 100 meter tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan mangsa, kononnya untuk mengajar si anak.
Dalam video yang menjadi viral di China sejak beberapa hari lalu, lelaki itu dilihat membuka pintu sebuah van dengan anaknya berada di dalam.
Dirakam di wilayah Zhejiang, video itu menunjukkan lelaki berkenaan memaksa anaknya keluar. Tetapi, apabila si anak enggan, lelaki itu menarik tali berkenaan, menyebabkan anaknya terjatuh dari kenderaan itu.
Si bapa kemudian berjalan dengan menarik tali yang dijerut pada leheri anaknya sambil menjerit: “Lebih baik besarkan kamu seperti anjing.”
Walaupun si anak tertiarap, lelaki itu terus menariknya di sepanjang laluan berkenaan sebelum memasuki sebuah blok apartmen.
Seorang jiran yang merakam kejadian itu kemudian memuat naik video itu ke laman sosial.
Ribuan pengguna yang menontonnya mengecam tindakan lelaki itu.
Menurut laporan, lelaki itu, pemandu trak yang tidak disiarkan namanya berkata, dia hilang sabar apabila melihat anaknya bermain di luar dan tidak mengulang kaji pelajarannya.
Friday, 29 May 2015
"Sushi King tiada status halal setakat ini" - JAKIM
Posted By: TTO Admin - 29.5.15Beberapa hari lalu, isu penarikan balik sijil halal Restoran Secret Recipe hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. JAKIM dalam siaran medianya mengatakan punca sebenar penarikan itu adalah kerana Secret Recipe gagal mematuhi syarat-syarat kebersihan. Dengan kata lain pengendalian makanan di Restoran itu adalah kotor.
Namun, isu baru timbul apabila Restoran Sushi King, restoran yang menyediakan makanan jepun dan sering dikunjungi oleh ramai umat Islam di Malaysia pula didakwa tiada status halal. Jawapan itu diberikan melalui Twitter @Jakim_Official setelah ditanya pengguna twitter lain.

Apapun, umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati apabila memilih makanan yang halal. Halal bukan hanya daripada makanan yang disediakan malah turut merangkumi banyak aspek seperti kebersihan. Adalah lebih baik kita mengikut panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab iaitu pihak JAKIM sendiri.
Thursday, 28 May 2015
Pekerja wanita diberi amaran oleh majikan kerana tutup aurat!
Posted By: TTO Admin - 28.5.15
Nadey Khairudin turut berharap agar kejadian ini diviralkan walaupun tahu akibat yang akan diterimanya yang mungkin akan diberhentikan kerja. Baca kiriman Nadey di Page Sukan Star:
Salam sejahtera . Saya Nadirah... sy nk mintak tolong sedikit Sukan Star Tv tolong share wall sy yg berkenaan company sy beri warning kerana sy cuba tutup aurat sy. Isunya tuck in baju dalam seluar tetapi sebangsa mereka yg pakai skirt pendek atas lutut tidak diberi sebarang warning walhal buku panduan company pon beri gambar skirt labuh smpai mana. Sy merasa tak puas hati kerana negara kite demokrasi, perlu hormat bangsa dan agama. Salah ke sy berasa malu sbb tuck in baju dan ramai menegur sy seksi. Aib tu Allah je tahu. Belum lg sy pakai niqab pergi kerja. Lg besar isunya mungkin. Sy cuma ingin meminta Sukan Star Tv share sahaja post sy.. mungkin kwn2 kita pon alami nasib yg sama, bru mereka tahu byk company kat malaysia tak hormati hak kebebasan agama. Sama seperti kes kwn kita tak boleh kerja kt klcc kerana bertudung. Isu kedua dia memberi amaran untuk tidak mencuci kaki dalam toilet, pelik apa fungsi toilet pd ysp? Lagipun air yg menitis pd lantai sy lap sehingga kering, plus ramai lg staff melayu ambil wudhuk di toilet tetapi tidak pernah jd isu. Mungkin dengan satu kesalahan, mereka terus mencari kesalahan seterusnya yg tidak munasabah. Sy tahu, sy bukan anak org politik atau berpengaruh tetapi sy harap sgt2 sy wakil dr kawan2 yg senasib mcm sy tidak ditindas dinegara sendiri.. negara Islam sbgai negara rasmi sendiri . Terima kasihKejadian ini turut mengundang respon negatif Netizen. Ramai yang turut mendedahkan pengalaman yang seakan sama ditindas majikan syarikat swasta di negara ini. Komen salah seorang pengguna Facebook:
Jika sy diberhentikan kerja sebab viralkan isu pakaian muslimah ini.. xpe.. sy percaya rejeki pada Allah bukan pd company.
aku faham situasi yg di lalui beliau. sbb aku pun punye cerita yg lebih kurang sama. tp aku bab solat. bukan sekali je. 2 company yg berbeza. tp cerita yg sama. tah kenapa bangsa 'tu' dengki sgt dgn org islam yg nk solat n beribadat. sejak aku rasa terganggu, yela keje2 jugak solat2 jugak la kan. tp bila ada yg dengki n busuk hati aku jd tak aman nk keje kt tmpt sebegitu. now bebas dr mereka. biar kita berhenti kerja daripada berhenti menjalankan perintah Allah gara2 menurut perintah manusia. aku bkn nk racist. tp yg aku pasti, yg racist tu diorg. tak tak semua. ada yg faham dan x mengganggu. maklum lah,agama dorg lain. dorg xfhm agama kita. kita solat 5x sehari. berpakaian pulak kena nmpk muka n tapak tangan je. so mengalah lah, demi tuhan. lgpun yg bg rezeki tu Allah. apa nk takut. u do a great job sis. tahniah
Kata nak sekolahkan Adi dirumah. Kenapa sekarang komplain?
Posted By: TTO Admin - 28.5.15
Walaupun dekat seminggu berlalu, isu mengenai pelajar self proclaimed genius, Adi Putra yang mendakwa dirinya diabai Kerajaan masih berlegar di laman sosial. Satu persatu komen menghentam kerajaan diterima, namun Prof. Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Permata telah menjawab tuduhan tersebut. Baca lagi:
Kerajaan telah menyediakan sekolah untuk pelajar genius macam Adi. Sekolah tersebut dalam UKM. Program pelajar pintar dan genius di UKM ini bermula tahun 2009. Kerajaan tawarkan Adi dulu untuk membantu dia melonjakkan kepintarannya tapi bapa Adi menolak. Adi kecil lagi tak pandai buat keputusan. Hingga kini program anak Genius di UKM ini telah membantu memberikan program pengayaan kepada lebih dari 5,000 pelajar genius macam Adi. Salah seorangnya bernama Amirul Fitri yang sebaya dengan Adi tetapi sekarang telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang Matematik di Johns Hopkins University di Amerika Syarikat. Seorang lagi bernama Shah Rahmat Shah Putra sedang melanjutkan pengajiannya di Bristol dalam bidang matematik.
PERMATApintar adalah sekolah untuk anak-anak seperti Adi. Jika anak anda berumur 9 tahun hingga 12 tahun dan genius dah boleh masuk tingkatan 1 yang kesukarannya sama dengan tingkatan 4 sekolah kerajaan. Kalau layak 9 tahun pun boleh masuk tingkatan 4. Kita dah lahirkan banyak pelajar genius dan mereka ramai dah di Ivy League universiti menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Yang gila matematik macam Adi pun ramai.
Prof. Dr. Noriah Mohd Ishak
Komen Prof. Noriah terhadap pandangan sinis orang ramai terhadap Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansur:
Anda semua sangat bijak memperli. Tak tahulah kalau anda semua jadi menteri lagi lingkup nanti. Jangan mengata orang sebab kita sendiri tak tahu apa yang kita boleh buat dalam pelbagai situasi. Yang pentingnya, saya dah beri peluang Adi untuk join PERMATApintar supaya dia boleh teruskan pendidikannya, namun sehingga kini Adi, bapa atau ibunya hanya berdiam diri. Kerajaan nakkan yang terbaik untuk Adi mana tahu kemudian boleh masuk Princeton atau Yale bukan setakat Monash dan jadi menteri kewangan seperti yang saudara-saudari impikan. Mohon anda yang pandai bercakap disini supaya pujuk Adi masuk PERMATApintar dan kalau dia betul-betul smart, kita hantar formula dia ke prof di UKM bidang matematik yang boleh verify semua formula dia. Saya pun boleh sebab salah satu bidang saya ialah matematik dan kami hendak Adi masuk Matematik olympiad program yang ada di PERMATApintar supaya kalau berjaya dia mewakili negara dan tunjuk pada dunia kita ada genius matematik yang boleh meningkatkan markah PISA kita.
Anda semua sangat bijak memperli. Tak tahulah kalau anda semua jadi menteri lagi lingkup nanti. Jangan mengata orang sebab kita sendiri tak tahu apa yang kita boleh buat dalam pelbagai situasi. Yang pentingnya, saya dah beri peluang Adi untuk join PERMATApintar supaya dia boleh teruskan pendidikannya, namun sehingga kini Adi, bapa atau ibunya hanya berdiam diri. Kerajaan nakkan yang terbaik untuk Adi mana tahu kemudian boleh masuk Princeton atau Yale bukan setakat Monash dan jadi menteri kewangan seperti yang saudara-saudari impikan. Mohon anda yang pandai bercakap disini supaya pujuk Adi masuk PERMATApintar dan kalau dia betul-betul smart, kita hantar formula dia ke prof di UKM bidang matematik yang boleh verify semua formula dia. Saya pun boleh sebab salah satu bidang saya ialah matematik dan kami hendak Adi masuk Matematik olympiad program yang ada di PERMATApintar supaya kalau berjaya dia mewakili negara dan tunjuk pada dunia kita ada genius matematik yang boleh meningkatkan markah PISA kita.
Saya bukan ahli politik dan tidak suka berpolitik. Tetapi kalau ada orang yang berhati mulia menolong anak bangsa yang pintar terutama dari luar bandar saya beri penghormatan kepada dia. Berapa orang antara kita sanggup memikirkan masalah pendidikan anak-anak kampung terutama yang miskin dan tinggal ceruk kampung tetapi sangat pandai. Nak masuk sekolah asrama penuh pun mereka tak dapat. Program PERMATApintar di bawah YABhg Datin Seri telah banyak membantu anak2 ini dari lunuk Antu hingga ke Gurun. Kita semua hanya memikirkan hal kita, kerjaya kita, gaji kita. Berapa orang antara kita nak fikir pasal anak orang lain yang kalau tidak dikeluarkan dari kampungnya mungkin tak dapat mencapai pendidikan yang tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)








Popular
Tags
Videos