Sunday, 31 May 2015

"Tapi sayang bapak dah takda" - Kisah sayu Pelajar "First Class" UiTM

Posted By: TTO Admin - 31.5.15


Semua ibu-bapa pasti mengimpikan anak mereka cemerlang dalam pelajaran sehinggalah berjaya menjadi seorang manusia berguna. Begitulah kisah sayu seorang pelajar UiTM yang menceritakan perjalanan hidupnya menempuhi rintangan dari kecil sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang menerima first class dan Anugerah Naib Cancelor UiTM.

Azlan Sulaiman dalam tulisannya sebak kerana kejayaannya itu tidak dapat disaksikan oleh bapanya yang telah pergi menghadap Ilahi. Cukup jelas, bapanya adalah insan yang menjadi inspirasinya sehinggalah apa yang dia diperolehinya kini. Baca lagi kisah hidup beliau yang wajar dijadikan iktibar buat anak muda yang lain:



Saturday, 30 May 2015

Bapa dikecam heret anak guna tali di leher seperti anjing (Video)

Posted By: TTO Admin - 30.5.15

Beijing: Seorang bapa dikecam selepas dia dirakam mengheret anaknya dengan tali yang diikat pada leher kanak-kanak itu.

Rakaman mengejutkan itu menunjukkan bapa berkenaan menarik anaknya sejauh 100 meter tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan mangsa, kononnya untuk mengajar si anak.

Dalam video yang menjadi viral di China sejak beberapa hari lalu, lelaki itu dilihat membuka pintu sebuah van dengan anaknya berada di dalam.

Dirakam di wilayah Zhejiang, video itu menunjukkan lelaki berkenaan memaksa anaknya keluar. Tetapi, apabila si anak enggan, lelaki itu menarik tali berkenaan, menyebabkan anaknya terjatuh dari kenderaan itu.

Si bapa kemudian berjalan dengan menarik tali yang dijerut pada leheri anaknya sambil menjerit: “Lebih baik besarkan kamu seperti anjing.”

Walaupun si anak tertiarap, lelaki itu terus menariknya di sepanjang laluan berkenaan sebelum memasuki sebuah blok apartmen.

Seorang jiran yang merakam kejadian itu kemudian memuat naik video itu ke laman sosial.

Ribuan pengguna yang menontonnya mengecam tindakan lelaki itu.

Menurut laporan, lelaki itu, pemandu trak yang tidak disiarkan namanya berkata, dia hilang sabar apabila melihat anaknya bermain di luar dan tidak mengulang kaji pelajarannya.

Friday, 29 May 2015

"Sushi King tiada status halal setakat ini" - JAKIM

Posted By: TTO Admin - 29.5.15

Beberapa hari lalu, isu penarikan balik sijil halal Restoran Secret Recipe hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. JAKIM dalam siaran medianya mengatakan punca sebenar penarikan itu adalah kerana Secret Recipe gagal mematuhi syarat-syarat kebersihan. Dengan kata lain pengendalian makanan di Restoran itu adalah kotor.

Namun, isu baru timbul apabila Restoran Sushi King, restoran yang menyediakan makanan jepun dan sering dikunjungi oleh ramai umat Islam di Malaysia pula didakwa tiada status halal. Jawapan itu diberikan melalui Twitter @Jakim_Official setelah ditanya pengguna twitter lain.


Walaubagaimanapun, tidak pula dijelaskan sebab restoran itu tidak memiliki status halal. Umum mengetahui restoran makanan Jepun selalunya menghidangkan arak bersama-sama menu mereka. Sebab itu lah kebanyakan restoran makanan Jepun hanya menyatakan restoran mereka tidak menghidangkan daging babi atau lebih dikenali dengan sign "Serve No Pork" ataupun "Pork Free".

Apapun, umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati apabila memilih makanan yang halal. Halal bukan hanya daripada makanan yang disediakan malah turut merangkumi banyak aspek seperti kebersihan. Adalah lebih baik kita mengikut panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab iaitu pihak JAKIM sendiri.

Thursday, 28 May 2015

Pekerja wanita diberi amaran oleh majikan kerana tutup aurat!

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Seorang pekerja wanita di sebuah syarikat terletak di Petaling Jaya, Selangor meluahkan perasaannya apabila diberi amaran hanya kerana dia menutup aurat. Nadey Khairudin yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di YSP Industries (M) Sdn. Bhd. tidak berpuas hati apabila amaran itu sepatutnya tidak berlaku di Negara Malaysia yang merupakan salah sebuah negara Islam. Baca lagi luahan beliau:


Nadey Khairudin turut berharap agar kejadian ini diviralkan walaupun tahu akibat yang akan diterimanya yang mungkin akan diberhentikan kerja. Baca kiriman Nadey di Page Sukan Star:
Salam sejahtera . Saya Nadirah... sy nk mintak tolong sedikit Sukan Star Tv tolong share wall sy yg berkenaan company sy beri warning kerana sy cuba tutup aurat sy. Isunya tuck in baju dalam seluar tetapi sebangsa mereka yg pakai skirt pendek atas lutut tidak diberi sebarang warning walhal buku panduan company pon beri gambar skirt labuh smpai mana. Sy merasa tak puas hati kerana negara kite demokrasi, perlu hormat bangsa dan agama. Salah ke sy berasa malu sbb tuck in baju dan ramai menegur sy seksi. Aib tu Allah je tahu. Belum lg sy pakai niqab pergi kerja. Lg besar isunya mungkin. Sy cuma ingin meminta Sukan Star Tv share sahaja post sy.. mungkin kwn2 kita pon alami nasib yg sama, bru mereka tahu byk company kat malaysia tak hormati hak kebebasan agama. Sama seperti kes kwn kita tak boleh kerja kt klcc kerana bertudung. Isu kedua dia memberi amaran untuk tidak mencuci kaki dalam toilet, pelik apa fungsi toilet pd ysp? Lagipun air yg menitis pd lantai sy lap sehingga kering, plus ramai lg staff melayu ambil wudhuk di toilet tetapi tidak pernah jd isu. Mungkin dengan satu kesalahan, mereka terus mencari kesalahan seterusnya yg tidak munasabah. Sy tahu, sy bukan anak org politik atau berpengaruh tetapi sy harap sgt2 sy wakil dr kawan2 yg senasib mcm sy tidak ditindas dinegara sendiri.. negara Islam sbgai negara rasmi sendiri . Terima kasih

Jika sy diberhentikan kerja sebab viralkan isu pakaian muslimah ini.. xpe.. sy percaya rejeki pada Allah bukan pd company.
Kejadian ini turut mengundang respon negatif Netizen. Ramai yang turut mendedahkan pengalaman yang seakan sama ditindas majikan syarikat swasta di negara ini. Komen salah seorang pengguna Facebook:
aku faham situasi yg di lalui beliau. sbb aku pun punye cerita yg lebih kurang sama. tp aku bab solat. bukan sekali je. 2 company yg berbeza. tp cerita yg sama. tah kenapa bangsa 'tu' dengki sgt dgn org islam yg nk solat n beribadat. sejak aku rasa terganggu, yela keje2 jugak solat2 jugak la kan. tp bila ada yg dengki n busuk hati aku jd tak aman nk keje kt tmpt sebegitu. now bebas dr mereka. biar kita berhenti kerja daripada berhenti menjalankan perintah Allah gara2 menurut perintah manusia. aku bkn nk racist. tp yg aku pasti, yg racist tu diorg. tak tak semua. ada yg faham dan x mengganggu. maklum lah,agama dorg lain. dorg xfhm agama kita. kita solat 5x sehari. berpakaian pulak kena nmpk muka n tapak tangan je. so mengalah lah, demi tuhan. lgpun yg bg rezeki tu Allah. apa nk takut. u do a great job sis. tahniah

Kata nak sekolahkan Adi dirumah. Kenapa sekarang komplain?

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Walaupun dekat seminggu berlalu, isu mengenai pelajar self proclaimed genius, Adi Putra yang mendakwa dirinya diabai Kerajaan masih berlegar di laman sosial. Satu persatu komen menghentam kerajaan diterima, namun Prof. Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Permata telah menjawab tuduhan tersebut. Baca lagi:

Kerajaan telah menyediakan sekolah untuk pelajar genius macam Adi. Sekolah tersebut dalam UKM. Program pelajar pintar dan genius di UKM ini bermula tahun 2009. Kerajaan tawarkan Adi dulu untuk membantu dia melonjakkan kepintarannya tapi bapa Adi menolak. Adi kecil lagi tak pandai buat keputusan. Hingga kini program anak Genius di UKM ini telah membantu memberikan program pengayaan kepada lebih dari 5,000 pelajar genius macam Adi. Salah seorangnya bernama Amirul Fitri yang sebaya dengan Adi tetapi sekarang telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang Matematik di Johns Hopkins University di Amerika Syarikat. Seorang lagi bernama Shah Rahmat Shah Putra sedang melanjutkan pengajiannya di Bristol dalam bidang matematik.

PERMATApintar adalah sekolah untuk anak-anak seperti Adi. Jika anak anda berumur 9 tahun hingga 12 tahun dan genius dah boleh masuk tingkatan 1 yang kesukarannya sama dengan tingkatan 4 sekolah kerajaan. Kalau layak 9 tahun pun boleh masuk tingkatan 4. Kita dah lahirkan banyak pelajar genius dan mereka ramai dah di Ivy League universiti menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Yang gila matematik macam Adi pun ramai.

Prof. Dr. Noriah Mohd Ishak

Kerajaan dah hulurkan bantuan pada tahun 2008. Bapanya menolak kerana Adi perlu kerja nak bayar gaji pengurusnya dan sebagainya. Itu keputusan bapanya dulu dan kata nak sekolahkan Adi dirumah. Kenapa sekarang komplain. Kalau Adi betul-betul nak belajar semula jumpa saya di PERMATApintar UKM. Tak jauh dari Gombak ke UKM. Ini untuk masa depan Adi. Bapa Adi tahu saya wujud dan tahu nak cari saya atau PERMATApintar dimana. Insyaallah Adi masih boleh dibantu.

Komen Prof. Noriah terhadap pandangan sinis orang ramai terhadap Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansur:

Anda semua sangat bijak memperli. Tak tahulah kalau anda semua jadi menteri lagi lingkup nanti. Jangan mengata orang sebab kita sendiri tak tahu apa yang kita boleh buat dalam pelbagai situasi. Yang pentingnya, saya dah beri peluang Adi untuk join PERMATApintar supaya dia boleh teruskan pendidikannya, namun sehingga kini Adi, bapa atau ibunya hanya berdiam diri. Kerajaan nakkan yang terbaik untuk Adi mana tahu kemudian boleh masuk Princeton atau Yale bukan setakat Monash dan jadi menteri kewangan seperti yang saudara-saudari impikan. Mohon anda yang pandai bercakap disini supaya pujuk Adi masuk PERMATApintar dan kalau dia betul-betul smart, kita hantar formula dia ke prof di UKM bidang matematik yang boleh verify semua formula dia. Saya pun boleh sebab salah satu bidang saya ialah matematik dan kami hendak Adi masuk Matematik olympiad program yang ada di PERMATApintar supaya kalau berjaya dia mewakili negara dan tunjuk pada dunia kita ada genius matematik yang boleh meningkatkan markah PISA kita.

Saya bukan ahli politik dan tidak suka berpolitik. Tetapi kalau ada orang yang berhati mulia menolong anak bangsa yang pintar terutama dari luar bandar saya beri penghormatan kepada dia. Berapa orang antara kita sanggup memikirkan masalah pendidikan anak-anak kampung terutama yang miskin dan tinggal ceruk kampung tetapi sangat pandai. Nak masuk sekolah asrama penuh pun mereka tak dapat. Program PERMATApintar di bawah YABhg Datin Seri telah banyak membantu anak2 ini dari lunuk Antu hingga ke Gurun. Kita semua hanya memikirkan hal kita, kerjaya kita, gaji kita. Berapa orang antara kita nak fikir pasal anak orang lain yang kalau tidak dikeluarkan dari kampungnya mungkin tak dapat mencapai pendidikan yang tinggi. 

Punca murid jatuh dari bangunan sekolah didedahkan

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Gambar seorang murid lelaki  dalam keadaan cedera selepas terjatuh dari bangunan sekolah tersebar secara meluas. Beberapa info juga turut mendakwa kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak benar apabila pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi mengeluarkan kenyataan penafian mengatakan murid itu selamat dan menggesa agar menghentikan sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.



Seorang pengguna Facebook, Puan Anida, Isteri kepada YDP Sekolah itu turut mendedahkan punca kejadian itu berlaku. Menurutnya, kanak-kanak itu tergelincir di celah tangga ketika berlari dan gagal mengimbangi badannya.

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab