Wednesday, 27 November 2013

7 Gambar lelaki maut terjatuh dari tingkat lapan bangunan Suntech Bayan Baru, Penang

Posted By: TTO Admin - 27.11.13


GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Suntech Sunshine Square Bayan Baru, di sini hari ini.

Mayat Lau Chuen Wei, 24, ditemui orang awam di tepi jalan berdekatan restoran makanan segera dalam keadaan parah pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata siasatan mendapati Lau bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat perindustrian di Bayan Lepas dan mempunyai alamat rumah di Jalan Raja Uda, Butterworth.

"Lima belas minit sebelum kejadian, seorang penjaga parkir melihat Lau yang berpakaian serba hitam berjalan mundar-mundir di tingkat lapan bangunan berkenaan,” katanya, kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat. - Bernama






Terkini: 2 Gambar Pesawat Maswings terbabas dari landasan di Bario, Sarawak

Posted By: TTO Admin - 27.11.13

Bario: Sebuah pesawat MASwings Twin Otter terbabas dari landasan ketika hendak berlepas ke Miri pada pukul 10.30 pagi tadi. Pesawat tersebut membawa 13 penumpang  bersama anak kapal. Namun tiada kecederaan dilaporkan.

Dipercayai anak kapal pesawat tersebut telah tersalah membuat pengiraan untuk berlepas di landasan itu dan akhirnya kapal tersebut terbabas di tanah berlumpur.

Menurut jurucakap MASWings kapal terbang tersebut perlu diperiksa semula untuk menyambung semula perkhidmatannya.

Sumber gambar -NST

Remaja 20 tahun nikahi gadis 12 tahun telah bercerai talak tiga

Posted By: TTO Admin - 27.11.13


KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Gambar ketika pernikahan mereka tahun lalu
Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah. -Awani

4 Gambar kereta Kia Forte terjatuh di bawah jambatan Sungai Kerteh

Posted By: TTO Admin - 27.11.13
Sebuah kereta Kia Forte dengan nombor pendaftaran VM 7119 telah terbabas dan jatuh ke dalam sungai berdekatan jambatan Sungai Kerteh. Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku lebih kurang 6 petang. Mangsa bernama Ahamda Haziq, 27 tahun dan berasal daripada Kepala Batas dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian.


Sedekahkan Al-fatihah kepada beliau.

Tuesday, 26 November 2013

2 Salinan laporan polis Fatihah Hakema dakwa Ex-BF sebar gambar intim di Facebook

Posted By: TTO Admin - 26.11.13


Setelah mencetuskan kontroversi di dalam media sosial, seorang pununtut Universiti Malaysia Pahang (UMP) tampil membuat laporan polis dengan mendakwa bekas teman lelaki telah menyebarkan gambar intim mereka berdua di dalam satu akaun Facebook Palsu bernama Fatihah Hakema.

Beliau menjelaskan dalam laporan polis itu kenapa bekas teman lelakinya, Aizuddin Mazlan mengambil tindakan sedemikian. Anda ikut dua laporan wanita ini dibawah:

LAPORAN PERTAMA

Sumber - FB Ottoman Ibnu Othman
Pada 24.4.2013 jam lebih kurang 3.09 petang, semasa berada di kelas Universiti Malaysia Pahang. Saya telah menerima mesej dari kawan lelaki nama Aizuddin Bin Mazlan melalui no 019 9889317. Mesej tersebut seperti 'bunuh awak bagi saya macam bunuh semut.awak tunggu lah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup2. Perempuan tak dengar cakap dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita.saya heret awak.saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis.tak menyesal langsung bunuh awak.saya puas hati'. Sebelum ini saya telah banyak kali menerima mesej ugutan dari beliau. Dia juga ada berjumpa dengan saya dan pernah membawa pisau serta meletakkan ke sisi saya semasa kami berada di cafe universiti. Dia juga sentiasa berkata ugutan yang sama kepada saya. Saya telah memutuskan hubungan dengan dia memandangkan saya tak tahan dengan sikapnya yang begitu. Dia juga pernah menarik saya dengan kasar. Saya pernah mengadu ke pihak kaunseling dan pihak kaunseling telah berjumpa dengan Aizuddin tetapi sikap Aizuddin tidak pernah berubah. Baru baru ini Aizuddin menggunakan laman sosial untuk memburukkan saya dengan meletakkan gambar saya disitu. Keluarga saya pernah berjumpa dengan keluarga Aizuddin di Pahang tetapi masih juga tiada perubahan. Sehingga laporan ini dibuat Aizuddin masih lagi mengganggu saya. Tujuan saya buat laporan ini kerana bimbang akan keselamatan diri saya kemudian hari.


LAPORAN KEDUA


Sumber - FB Ottoman Ibnu Othman
Pada 25/11/2013 jam lebih kurang 11.00 pagi semasa saya berada dirumah dialamat******** saya telah mendapat tahu nama saya telah terlibat dalam jenayah cyber apabila semua page-page dalam facebook, blogger-blogger telah sebarkan gambar-gambar lama saya. Saya tidak tahu apa-apa berkaitan penyebaran tersebut sehinggalah nama saya sudah tersebar satu Malaysia melalui facebook page dan blog-blog.apabila saya membuka laman sosial tersebut sebelum ini semasa di Pahang, saya tidak boleh membuat sebarang report kerana setiap hari saya diugut bunuh seandainya saya tidak bersama beliau. Ini merupakan report kali kedua keatas kes ini facebook itu bukan FB saya.. Lelaki tersebut bernama Aizuddin Mazlan telah guna FB yang dia cipta sendiri dan guna nama saya jadi semua orang ingat FB tersebut, status -status, gambar-gambar yang ada, saya yang lakukan sendri. Padahal tidak. Saya tidak tahu menahu langsung ayat - ayat, status status yg mencabar JAKIM, Agama Islam dan ayat-ayat yang ditulis dan diperkatakan dalam FB tersebut juga adalah melalui dia. Orang ramai akan menyangka itu perbuatan saya. Status-status palsu dalam FB tersebut ditulis oleh Aizuddin untuk menjatuhkan saya dan maruah saya serta mengaibkan saya. Pada hari ini nama saya telah tersebar dengan sangat meluas melalui laman sosial. Saya ingin membersihkan semula nama saya dan kemuka keadilan saya mahu Aizuddin mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya berkaitan dengan hal ini telah dimaklumkan kepada ibubapa beliau tetapi ibu bapa beliau itu tidak langsung ambil tindakan yang sepatutnya terhadap anak mereka.sebaliknya hanya memberi alasan tidak tahu nak nasihat macam mana walaupun mereka tahu Aizuddin buat pelbagai cara untuk aibkan saya. Ayahnya Mazlan seorang guru kanan sekolah tidak mengambil apa apa tindakan langsung malah membiarkan sahaja.


Kejadian seperti ini telah banyak berlaku terutama kepada penuntut di universiti awam mahupun swasta. Kehidupan bersosial ketika menuntut di universiti seolah-olah telah menjadi kebiasaan kepada mereka. Inikah golongan yang dikatakan bakal menjadi harapan dan tonggak negara di masa hadapan? 

Senarai rasmi 24 pemain Kelantan FA musim 2014

Posted By: TTO Admin - 26.11.13
Antara pemain baru pasukan Kelantan
Di bawah adalah senarai nama 24 pemain telah diumumkan secara rasmi untuk menyarung jersi TRW pada tahun hadapan 2014:

1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (GK)
24. Syazwan Yusoff (GK)
25. (Belum diputuskan)

Melihat kepada senarai tersebut, adakah pasukan Kelantan akan menjadi pasukan yang digeruni pada musim hadapan? Sama-samalah kita nantikan. -Sumber FB TRWFC

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab