Monday, 2 December 2013

Gambar Rakyat Syria terpaksa makan Singa elak kebuluran

Posted By: TTO Admin - 2.12.13

Aktivis menerbitkan gambar penduduk di Timur Ghouta di negara bergolak Syria, telah menembak seekor singa untuk dijadikan makanan mereka.

Gambar itu didakwa diambil di al-Qarya al-Shamya Zoo. Al-Ghouta terletak di pinggir bandar Damsyik yang dibahagikan kepada Timur dan Barat Ghouta Ghouta.

Al Ghouta telah dikepung oleh Rejim Assad selama berbulan-bulan lamanya dan menghalang sebarang kemasukan sumber makanan dan perubatan.

Gambar penuh - Sumber middleeastmonitor.com
Sebelum ini, rakyat Syria di Al Ghouta telah menjadikan kucing dan anjing sebagai makanan mereka untuk terus hidup daripada kebuluran. Kawasan dikenali sebagai "Kampung Levantine" telah dimasuki oleh puak penentang rejim Assad.

Buka semula kes rogol remaja 12 tahun - Peguam Negara

Posted By: TTO Admin - 2.12.13

PUTRAJAYA: Kertas siasatan untuk menyiasat dakwaan rogol seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang didakwa merogolnya dan bercerai setahun kemudian telah dibuka semula oleh polis susulan permintaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada kes itu akan dibicarakan hanya akan diumumkan minggu depan selepas AGC menerima penemuan polis.

"Saya telah meminta siasatan lanjut dilakukan dan saya memberi polis tempoh selama seminggu untuk memaklumkan kepada saya," kata Abdul Gani pada sidang media di sini, Isnin. -Mstar

Lagi
  1. Remaja 12 thn bercerai dakwa dirogol bekas suami dan 2 rakan sebelum kahwin
  2. Mohd Fahmi nafi rogol, dakwa bekas isteri jalin hubungan lelaki lain

Terkini - Ustaz Kazim keluar PAS! kecewa parti label diri panggilan kurang enak & hina

Posted By: TTO Admin - 2.12.13


Kuala Lumpur : Pendakwah terkenal, Muhamad Kazim Elias mengumumkan keluar PAS serta merta selepas kecewa dengan parti itu yang sering menghentam dan melabelkan dirinya dengan panggilan kurang enak dan hina. 

Beliau juga menafikan tindakan itu diambil bukan selepas menerima tawaran Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebaliknya dibuat atas kehendaknya sendiri. 

Ditanya mengenai sama ada beliau menerima tawaran MT, Kazim menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pengumuman itu selepas ini. 

Beliau juga memaklumkan berpuas hati dengan penerangan Najib berkenaan peranan dan tanggungjawabkan sekiranya berada dalam MT. Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Najib di Parlimen sebentar tadi. Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira satu jam.

Kagum! Gambar Sultan Brunei kawal lalu lintas motorsikal pengiring baginda kemalangan

Posted By: TTO Admin - 2.12.13



Gambar di atas menunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sedang berdiri di tepi sebuah jalan raya dan mengawal lalu lintas selepas dua anggota pengiring baginda kemalangan selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Penulis begitu kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Gambar penuh perkongsian Whatsapp

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.40 petang ketika kedua-dua anggota pengiring memberhentikan kenderaan lain untuk memberi laluan kepada kereta baginda, menurut polis Brunei.

Dua buah kereta pada mulanya berhenti bersebelahan apabila tiba-tiba, kereta wanita itu gagal dikawal dan masuk ke ruang antara dua buah kereta bergesel dengan kereta yang berhenti pada mulanya itu sebelum melanggar anggota.

Kereta dipandu wanita itu dipercayai merempuh anggota pengiring pertama manakala sebuah lagi kereta yang bergesel itu pula melanggar anggota pengiring kedua.

Pemandu wanita itu turut mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Keadaan kedua-dua anggota pengiring kini dilaporkan stabil di Pusat Perubatan Jerudong Park.

“Saya percaya, wanita itu memandu terlalu laju dan terlalu rapat sehingga tidak cukup masa untuk dia menekan brek,” kata anggota pengiring yang cedera dan dirahsiakan identitinya.

Anggota berkenaan sudah menjadi pengiring baginda Sultan Brunei selama 13 tahun dan berasa bertuah kerana hanya patah bahu dan tangan.

Kes ini sedang disiasat pasukan dari Balai Polis Sengkurong. -Mynewshub

8 Gambar Motor BMW 1000RR dan Ducati dirempuh MyVi di lorong kecemasan

Posted By: TTO Admin - 2.12.13

Niat murni Bikers ingin membantu mangsa kemalangan ditimpa musibah apabila sebuah Myvi telah merempuh motor mereka ketika meletakkan motor tersebut di laluan kecemasan. Sebuah Myvi yang menggunakan laluan kecemasan telah merempuh motor tersebut.

Dipetik daripada King Ajoi :

Niat dua orang bikers pulang dari KSDP untuk membantu mangsa kemalangan di highway menjadi sia-sia apabila motor BMW 1000RR dan DUCATI yang diletakkan di lorong kecemasan dilanggar oleh pemandu yang mementingkan diri sendiri yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong.

Kemalangan tersebut juga mendapat perhatian dari Tengku Hassan Johor dan Dato Dino, Ketua Polis Pahang yg juga terlibat dalam ride KSDP kebetulan lalu di situ...Mereka sempat singgah dan bertanya khabar kepada bikers terlibat.

"Selalunya kalau bikers down orang akan kutuk bikers.Tapi kalau kes cam ni pemandu kereta yang buat hal sapa yang nak kutuk kalau bukan kita bikers." Kredit - FB DTR

  

Kes kematian 3 beradik: Teman lelaki mangsa 14 tahun kini diburu Polis

Posted By: TTO Admin - 2.12.13


ALOR SETAR: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.

"Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.

Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.

Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi.

"Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya.

Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. -Bharian

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab