Monday, 2 December 2013

Ustaz Kazim Elias sudah dipecat? Jawab fitnah dalam FB!

Posted By: TTO Admin - 2.12.13


Jawapan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan kedudukan sebenar keahlian pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias, di dalam parti itu.

Tuan Ibrahim, melalui SMS, memberitahu, Mohammad Kazim sudah dipecat daripada Pas Mei lalu.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Perak, Raja Ahmad Iskandar kelmarin bahawa Umno, yang melantik Mohammad Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak menyedari Mohammad Kazim merupakan ahli Pas sejak 1998.

“Dewan Pemuda Pas Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli Pas sejak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi di Tambun (Perak),” katanya.

Mohammad Kazim dikatakan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam video oleh laman Agendadaily.com, Mohammad Kazim disebut sebagai berkata beliau tidak pernah keluar daripada Pas dan tidak menerima surat pemecatan.

“Ya, memang saya ahli Pas. Saya tidak pernah keluar daripada Pas walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat daripada Pas, tapi tak ada surat pemecatan atau (surat) jawatankuasa disiplin kepada saya.

“Sepatutnya Pas merasa sikit malu dengan Umno kerana boleh menjemput orang di luar Umno untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno dan Pas tidak pernah menjemput saya, apatah lagi menjadi teman yang mesra,” kata beliau dalam rakaman video sidang media itu, semalam.

Katanya, beliau masih belum memutuskan untuk menerima pelantikan sebagai ahli MT itu dan bercadang menemui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengetahui rancangan sebenar berhubung pelantikan tersebut.

Katanya, beliau ingin mendapatkan jaminan agar pelantikan itu tidak menghalang kerja dakwah yang dilakukan sehingga kini.

“Buat masa ini, saya masih berfikir sama ada mahu menerima atau tidak pelantikan tersebut. Tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu.

“Saya tak mahu kerja-kerja dakwah saya dalam internet, Youtube dan televisyen terhalang disebabkan persepsi (iaitu) bila seorang ustaz masuk Umno, (dia) akan dihalang dan tertutup (kerja dakwah).

“Saya nak tengok jaminan adakah tangan saya terikat (dan) mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa kesalahan tanpa terikat seperti sekarang,” katanya.

Sinar Harian melaporkan semalam abang beliau, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias memberitahu, adiknya sertai Pas 15 tahun lalu, tetapi telah keluar daripada parti itu.

Mohd Najmuddin adalah Pegawai Penerangan Agama di Pejabat Menteri Besar Perak dan bekas Adun Batu Kurau.

Seorang lagi adik Mohd Najmuddin ialah Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah, yang mewakili BN. -Sinar Harian

Jawapan Ustaz Kazim di dalam FB mengenai perlantikan Majlis Tertinggi:

Jawapan Ustaz Kazim mengenai fitnah yang diterima di dalam Facebook:

Status Mohd Akmal Kamarudin yang didakwa ditujukan kepada Ustaz Kazim

Sumber: FB Kiub Fakta
Komen dalam FB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin

16 Gambar menyayat hati 3 beradik dibunuh kejam

Posted By: TTO Admin - 2.12.13


ALOR SETAR 1 Dis. - Apa sudah jadi dengan negara ini, apabila kanak-kanak yang tidak berdosa pun sanggup dibunuh dengan kejam.

Inilah yang berlaku kepada tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang semalam selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam, kelmarin.

Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.

Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.

Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.

"Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ahmad memberitahu, mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.

"Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.

"Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain," jelasnya.

Ahmad memberitahu, polis turut menjumpai seluar berwarna hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu milik salah seorang mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihaknya menemukan motosikal yang ditunggangi mangsa serta adiknya dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari rumahnya malam semalam.

"Siasatan masih dijalankan mengenai punca mangsa meninggalkan motosikalnya di situ," katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, pula berkata, penduduk yang cuba menjejaki ketiga-tiga beradik itu menemui motosikal mangsa ditinggalkan berhampiran hentian bas.

"Motosikal itu kemudian dibawa pulang sebelum enjin terhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan petrol sejurus sampai di rumah," katanya. -Utusan


Sunday, 1 December 2013

12 Gambar objek asing ditemui dalam Nugget Ayam McD!

Posted By: TTO Admin - 1.12.13

Satu siasatan daripada Forensic Food Lab membongkar serat aneh yang terdapat dalam Nugget Ayam McD. Mereka mendapati terdapat sejenis bahan asing berwarna hitam berbentuk seperti rambut melekat di dalam nugget ayam tersebut. Bahan asing berwarna biru juga turut ditemui.

Di bawah adalah gambar-gambar yang di ambil pada 15 Ogos 2013 di makmal forensik makanan Natural New. 













Dalam siasatan tersebut, mereka turut menjumpai objek berwarna hijau seperta alga dan beberapa tompokan merah sekitar daging nugget ayam.

Forensic Food Lab  dalam artikel yang dikeluarkan mengenai penemuan ini, mengatakan mereka tidak mendakwa Nugget Ayam McDonald tidak selamat dimakan. Namun siasatan oleh badan kesihatan berwajib mengenai komposisi objek asing tersebut perlu dilakukan.

Antara persoalan yang ditumbulkan, dari manakah struktur seperti rambut datang? Forensic Food Lab menuntut pihak McDonalds menjawab persoalan tersebut kerana ditakuti pencemaran makanan telah berlaku ketika ayam diproses.

Tidak dapat dipastikan adakah McNuggets di McDonalds Malaysia mempunyai komposisi yang sama dengan McNugget yang digunakan dalam siasatan tersebut. Namun, pendedahan ini pasti membangkitkan rasa gerun kepada peminat makanan segera ini -Sumber

Video Forensic Food Lab:

5 Gambar Paul Walker, pelakon utama Fast & Furious meninggal dunia kemalangan kereta

Posted By: TTO Admin - 1.12.13


KUALA LUMPUR: Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and the Furious’ maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu.

Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui laman twitter dan Facebook.


Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ.

Menurut laporan itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles.

Memetik kata-kata sumber, laporan itu mendakwa bahawa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.







Paul Walker dan Vin Diesel dalam filem The Fast And The Furious


Video Kemalangan

4 Gambar pelanggan temui cacing hidup dalam salad Pizza Hut

Posted By: TTO Admin - 1.12.13

Menggelikan! itulah pertama kali ketika melihat gambar yang diupload seorang pelanggan yang menemui CACING HIDUP di dalam salad di restoran Pizza Hut. Jarang sekali kita mendengar cacing tanah terdapat dalam sayuran. Apapun, jom baca penjelasan pelanggan yang menemui cacing tersebut: 


Pada23/11/13 @ 9.30pm, saya bersama suami makan Pizza Hut di kawasan Nilai. Suami order fresh salad dan makan macam biasa. Saya order pizza dan spaghetti.Tiba-tiba suami berhenti makan kerana kelihatan cacing yang masih hidup ada dalam pinggan salad yang kami order tadi. Saya memang geli dan rasa nak muntah.Terus berhenti makan sebab mati selera melihat cacing yang bergerak dalam pinggan salad tadi.

Kami tidak menjerit atau panik kerana keadaan malam minggu ramai orang datang dan sedang menjamu selera. Suami panggil staff pizza untuk datang melihat apa yang ada dalam pinggan salad dan staff tersebut terus memanggil ketua beliau.Seorang staff wanita datang mohon maaf atas kecuaian pihak mereka. Alasan yang diberikan sayur datang dari ladang dalam kuantiti yang banyak mungkin proses pembersihan tidak dijalankan dengan betul.




Kami sempat menulis dalam buku aduan mereka dan membayar semua menu yang kami makan kecuali fresh salad. Ini kali pertama suami order salad dan mungkin kali terakhir untuk kami makan pizza hut. Cukuplah sekali terkena dan ia amat menjijikan. Saya harap aduan ini dapat beri pengajaran pada pihak terlibat dan kejadian sama tidak berulang lagi. -Sumber

Antara cinta Johan As'ari dgn Lana Nordin, restu keluarga dan kecewa Shiela Amzah

Posted By: TTO Admin - 1.12.13


PENGAKUAN cinta aktor Johan As'ari, 27, bersama Lana Nordin, 34, pelakon wanita yang cukup terkenal dengan jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' mudah sahaja mencetuskan kontroversi. Seperti menyimbah minyak ke dalam api, keterbukaan Johan yang selama ini dilihat intim bersama penyanyi popular Shila Amzah itu membakar kejutan dan reaksi berganda banyak pihak.

Bara sensasi Lana Nordin yang pernah bercinta dengan jejaka warga Republik Czech bernama Parvel Michalec menambahkan bahang kepanasan. Lantaran itu, para peminat menganggap kisah silam Lana yang mengotori namanya tidak sesuai berdampingan dengan Johan.

Seorang demi seorang wanita cantik hadir dalam hidupnya sehinggalah tiba ke giliran Lana Nordin, dia pantas membuat pengakuan bahawa itulah wanita yang bakal disunting sebagai isteri, surinya yang sah.

Johan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa nama pelakon wanita popular termasuklah Izreen Izminda, Nabila Huda serta Shila Amzah.


Sebenarnya, bukan sekali dua Johan meluahkan perasaannya untuk bertunang dan bernikah dalam masa terdekat. Ketika sibuk mempromosikan filem Balada Pencinta baru-baru ini, Johan sempat berkongsi hasratnya untuk bertunang sekitar bulan Disember. Jika ditemukan cinta dengan wanita yang tepat iaitu cantik, berharta, keturunan yang baik-baik dan beragama, dia pasti itulah orangnya calon isteri yang dicari-cari. Dia mahu bernikah sebelum menyambung pengajian dalam bidang agama di Yemen dan berangkat ke sana tahun depan bersama-sama seorang isteri di sisi.

Melihat secara luaran, Lana punya banyak sejarah hitam. Gelaran Pamela Anderson Malaysia untuknya sudah cukup memberi gambaran tentang personaliti wanita itu. Namun, siapalah peminat untuk menentukan status Lana Nordin sebagai ratu di hati Johan. Setiap manusia harus ada peluang untuk diubah dan berubah ke arah yang lebih baik.

Lana sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan imej seksi dan sedia menyarungkan hijab demi cintanya terhadap Johan.


BEBERAPA ahli keluarga dipercayai keluarga Lana makan bersama Johan (dua dari kanan).

Begitu juga dengan Johan, perkenalan singkat bersama Lana tidak menghalang perasaan tulus terhadap wanita itu.

"Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasulullah dan suami. Itu saja," jelas Johan saat ditanya tentang keseriusan hubungannya bersama Lana.

Dari satu sudut yang lain, keterbukaan Johan dan Lana mengundang reaksi berlainan emosi daripada dua wanita terdekat dengan Johan. Pertama, ibu Johan iaitu Datin Firdaus sendiri memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram berserta status berbau hampa.

Datin Firdaus menulis, 'A sad face under the shades'. Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya.' Status mengundang skeptikal umum, adakah perhubungan Johan dan Lana direstui keluarga.


Shila Amzah melalui akaun Instagram turut memuat naik sekeping gambar yang dirakam memeluk bahu ibu Johan dan menulis: 'Please be strong aunty sayang. We love you, no matter what. Allah knows better, we are here for you.' Gambar serta status yang seolah-olah memberi kata-kata semangat itu mendapat banyak reaksi daripada penyokong dan pengikutnya. Namun, tidak lama kemudian gambar tersebut dipadam Shila.

Drama kisah cinta Johan dan Lana turut dihangatkan oleh rakaman-rakaman manis yang terzahir oleh Lana dan Johan. Membuktikan hubungan mereka sudah sampai ke pengetahuan keluarga, Lana sendiri ada memuat naik sekeping gambar yang dirakamkan ketika malam malam bersama keluarga Johan. Kemesraan Johan, Lana serta beberapa ahli keluarga dalam gambar itu menjelaskan penerimaan keluarga terhadap kehadiran Lana.

Sejauh mana hubungan itu berkekalan, masa dan keadaan sahaja yang akan menentukan. Barangkali Lana seorang wanita yang cukup 'mencabar' buat Johan atas sebab itu, cinta yang segera berputik mahu diikat ketat agar perasaan yang terbina tidak mudah hanyut.

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab